Buffet Ramadhan Casa Ombak

04/07/2014 16:14

Bulan ramadhan adalah bulan yang membawa keuntungan dan keberkatan. Apabila menjelangnya ramadhan maka banyaklah hotel dan restoran akan menawarkan hidangan untuk berbuka puasa. Kesempatan ini juga telah direbut oleh Ombak Creative Solution dengan menawarkan pakej buffet ramadhan casa ombak kepada pengunjungnya.

Terlebih dahulu saya terangkan serba sedikit mengenai Ombak Creative Solution. Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event milik bumiputera sepenuhnya dan dikawal selia oleh Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat terbabit telah terlibat lebih 10 tahun dalam penyediaan bakal pengantin, penyediaan makanan samada untuk korporat mahupun orang perseorangan. Mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam penyediaan katering dan canopy.

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini ombak creative telah menawarkan pakej buffet ramadhan yang teristimewa kepada para pengunjung. Menu utama ialah masakan ala kampung dengan dilengkapi dengan pelbagai juadah berbuka dan stall corner yang disediakan oleh chef yang berpengalaman. Memang berbaloi kalau berbuka di sini.

Lokasinya yang tersorok di tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur memberikan ketenagan kepada pengunjung untuk menikmati buffet ramadhan casa ombak dengan suasana ala taman di sekitarnya. Ianya terletak di alamat Banglo Casa Ombak No 22 Jalan Damai Off Jalan Ampang Kuala Lumpur. Memang sesuai untuk mereka yang tinggal di sekitar Ampang untuk merasai pakej istimewa ini.

Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan sekali. Sekiranya anda berminat untuk berbuka di Casa Ombak silalah membuat tempahan awal.